Sutton VIP LEVC Taxy, teksi paling mewah berharga RM698k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sutton VIP LEVC Taxi
Sutton VIP LEVC Taxi
Satu perkara menarik tentang kota London ialah pengangkutan awam yang terkenal dan menjadi objek pelancongan.

Sebagai contoh Black Cab, London Bus dan Tube (London Underground).

Black Cab dengan legasi 70an diteruskan sehingga kini oleh London EV Company (LEVC) dan menariknya merupakan subsidiari kepada Zhejiang Geely Holding Group.

Produk syarikat ialah teksi LEVC TX dengan teknologi canggih range extender yang bernadikan enjin 1.5L turbo tiga silinder dan dibekalkan oleh Volvo.

Jarak pemanduan penuh teksi ini ialah 607 kilometer manakala mod elektrik sepenuhnya boleh bertahan sehingga 129.7 kilometer.

Apa lagi yang istimewa? Teksi LEVC telah menarik perhatian Clive Sutton untuk mengubahsuainya menjadi teksi mewah dan diberi nama Sutton VIP LEVC Taxy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sutton VIP LEVC Taxi

 

Teksi mewah buatan Sutton Bespoke itu dipertontonkan pada acara Salon Privé di Oxfordshire pada 1 September 2021.

Clive Sutton terkenal dengan projek luar biasa dan suatu yang menarik apabila anda boleh mendapatkan pikap raksasa Sutton CS3500 di pasaran tempatan. 

Untuk projek teksi ini, Sutton Bespoke telah mengubah sepenuhnya bahagian pemandu dan penumpang.

Pelanggan boleh memesan pelbagai kelengkapan seperti kerusi belakang dengan perehat kaki dan pemanas, bumbung nyalaan bintang gentian optik dan pintu yang ditutup secara automatik.

 

Sutton VIP LEVC Taxi

 

Harga unit yang dipamerkan di Salon Privé ialah £121,480 (RM698,137) dan sebagai perbandingan LEVC TX standard dijual pada harga permulaan £55,599 (RM319,523).

Pelanggan boleh memesan teksi mewah ini dengan empat, tiga atau dua tempat duduk yang dilengkapi peti sejuk minuman, WiFi terbina dalam dan sambungan Bluetooth sebagai ciri standard.

Untuk lebih privasi, pelanggan boleh memilih pakej luaran yang datang dengan cermin belakang gelap. 

Turut ditawarkan ialah permainan konsol PlayStation atau Xbox. Konsol itu dihubungkan dengan skrin media 20 inci yang dimuatkan di dalam penghadang di antara bahagian depan dan belakang.

 

Sutton VIP LEVC Taxi

 

Walaupun teksi ini sinonim dengan warna hitam, Sutton Bespoke menawarkan pelbagai pilihan warna mengikut kehendak pelanggan.

Lagi perbezaan di antara teksi LEVC dan Sutton ialah karpet lebih tebal, kemasan, teknologi, sistem lampu ambien, dan permukaan kayu yang dihasilkan dengan tangan.

Mungkin ada yang tertanya siapa hendak beli teksi begini? Atau kenapa tidak beli kereta super?

Jawapannya ialah citarasa masing-masing dan ada individu yang gemarkan teksi ikonik dan mewah untuk dijadikan koleksi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Sutton VIP LEVC Taxi