Susur masuk R&R Seremban (Arah Utara) ditutup 31 Julai-3 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad memaklumkan penutupan sementara sebahagian susur masuk ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Utara) di KM272.2 Lebuhraya Utara Selatan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Penutupan tersebut bermula jam 12.01 tengah malam ini (31 Julai) sehingga jam 2.00 petang (3 Ogos) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan di sebahagian jalan susur dan ruang parkir R&R Seremban.

Pihak PLUS akan membuka laluan dan ruang parkir alternatif kepada pelanggan untuk meletakkan kenderaan berat sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh berhenti di Hentian Senawang (arah Utara) di KM248 atau Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara) di KM287.2.

 

R&R Seremban

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata…
Berita Domestik
Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut…
Berita Domestik
  "Ia peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu,…