Susur masuk dan keluar Plaza Tol Gambang ditutup untuk kerja pembinaan projek ECRL

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link (MRL).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menyatakan bahawa laluan terlibat ialah susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.

Penutupan sementara itu akan bermula pada 13 September (9 malam) hingga  14 September (6 pagi), melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan dan yang berkaitan untuk Projek ECRL.

Sebagai alternatif, pengguna lebuhraya dari Gambang ke Kuantan disarankan untuk menggunakan laluan persekutuan, manakala pengguna dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang disaran untuk menggunakan persimpangan Sri Jaya.

Semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi. Untuk sebarang kecemasan, hubungi LPT di talion 1-700-818-700.