Suspek tabur paku bukan geng tarik kereta, tapi di bawah pengaruh dadah

oleh Mohamad Hanif|
Polis dalam satu kenyataan menafikan pemandu Nissan Almera yang dilapor menabur paku di persimpangan lampu isyarat di Ipoh mempunyai kaitan dengan geng tarik kereta.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek melakukan perkara sedemikan kerana berada di bawah pengaruh dadah.

"Motif pelaku hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah susulan hasil ujian air kencing mendapati dia positif.

"Dia bukan seorang mekanik, bukan juga bersekongkol dengan 'geng' tarik kereta. Dia seperti (kelihatan) 'psiko' sedikit kerana pengaruh narkotik," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Katanya, penahanan suspek bererti kes itu sudah selesai.

Kelmarin, media melaporkan penahanan suspek di Changkat Larang, Lahat, di sini, kira-kira jam 3 pagi dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilapor berkata, pihaknya menjejaki suspek selepas mengesan video tular berdurasi 24 saat.

Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan itu.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
  Gril itu adalah kesinambungan kepada dua abang besar iaitu Sentra dan Teana. Bahagian belakang…
Berita Global
Perubahan yang paling ketara boleh dilihat adalah daripada sudut kosmetik.   Nissan Versa 2023…
Berita Domestik
Dibangunkan secara khusus oleh penala terkenal Tomei Jepun, pakej Tomei Aero ini boleh dipadankan…