Suspek pecah cermin kereta guna topi keledar di Parit Jawa ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang penunggang motosikal disyaki bertindak agresif, termasuk memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Pekan Parit Jawa, di sini, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata kejadian itu berlaku berhampiran sebuah persimpangan lampu isyarat, kira-kira jam 3.20 petang.

Beliau berkata, insiden dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara lelaki berusia 25 tahun itu dengan pemandu wanita berumur 26 tahun.

"Punca kejadian dipercayai berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek didakwa bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta wanita itu.

"Suspek juga didakwa memecahkan cermin sisi di bahagian pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Selepas ditahan, Zaharudin berkata, suspek dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenang memuat naik gambar, video dan kenyataan dalam laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham serta kegusaran masyarakat.

Sejak semalam, video berdurasi 1 minit 38 saat tular dalam media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berang sehingga memecahkan cermin dan merosakkan kereta dipandu seorang wanita di Pekan Parit Jawa.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini…
Berita Domestik
  Menurutnya, wanita itu membuat laporan mendakwa keretanya dihimpit van dipandu lelaki berkenaan…
Berita Domestik
  Suspek yang aktif melakukan perbuatan itu sejak seminggu lalu akhirnya ditahan polis di Jalan…