Suspek kes pukul atendan pam minyak Petronas ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan yang berbeza, pihak polis menahan dua lelaki yang merupakan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes seorang pekerja sebuah stesen minyak di sini dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal pada 6 Oktober lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di dua lokasi berasingan hari ini dan semalam.

Jelasnya, suspek pertama berusia 40 tahun ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam semalam.

“Lelaki itu telah direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek kedua berusia 25 tahun telah menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pada 4.15 petang tadi," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
 

stesen petronas Sungkai
 

Wan Azharuddin berkata, suspek kedua itu akan direman selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Tapah esok dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, seorang pekerja sebuah stesen minyak di sini dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu turut menjadi tular apabila dua rakaman te­levisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 42 saat dan satu minit 27 saat tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki dipercayai penunggang motosikal dari kaunter stesen minyak di dalam premis sebelum dipukul selain dibaling objek.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Video tular kejadian itu yang dimuat naik di Twitter 'Nan Manjoi8715 kemudian dikesan polis pada…
Berita Domestik
  "Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih…
Berita Domestik
  Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis…