Suspek insiden pedang samurai di Johor ditahan

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Johor telah menahan suspek utama dalam kes samseng jalanan menggunakan pedang samurai yang berlaku tempoh hari di Lebuhraya Pasir Gudang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lelaki tersebut ditahan bersama dengan tiga lagi lelaki di kawasan Simpang Renggam jam 5.30 petang semalam.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kepada Berita Harian suspek itu berusia 31 tahun dan ditahan bersama lelaki-lelaki lain. Mereka juga disyakki terbabit dalam kes samun. 

 

“Seorang lagi suspek masih diburu dan tertangkapnya semua suspek kelak, pihak Polis Johor bakal menyelesaikan 11 kes samun di sekitar bandaraya Johor Bahru,” ujar beliau.

 

Mohd Khalil berkata, kes samseng jalanan itu disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.

 

“Semua suspek boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Untuk kes samun, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.