Suruhanjaya Pengguna Australia heret Mercedes-Benz ke mahkamah kerana isu beg udara

oleh HEZERI SAMSURI|
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) telah memfailkan kes ke mahkamah semalam terhadap Mercedes-Benz kerana sengaja tidak menghebahkan isu beg udara Takata di dalam kenderaan mereka.

Masalah beg udara Takata yang mampu menyebabkan peledak meletup dan menghamburkan serpihan besi ke penumpang kenderaan adalah antara panggil semula (recall) yang terbesar di dunia, melibatkan 100 juta kenderaan.

Menurut laporan Reuters, ACCC menuduh kakitangan Mercedes-Benz di pusat khidmat pelanggannya menyatakan kenderaan berusia lebih enam tahun yang "okay" untuk digunakan dan panggil semula itu hanyalah satu tindakan pencegahan sahaja kerana tidak ada insiden serius berlaku.

ACC berkata tindakan itu membenarkan pelanggan-pelanggan Mercedes-Benz terdedah kepada risiko cedera parah atau kematian.

"Perkataan dan tutur kata yang disyakki digunakan tidak seimbang dengan keperluan notis panggil semula berkaitan isu Takata," kata ACCC.

Kempen panggil semula secara sukarela di Australia kerena beg udara yang rosak itu bermula sejak tahun 2009, dan ia ditukar kepada panggil semula yang diwajibkan pada tahun 2018 untuk empat juta beg udara di dalam pasaran negara itu.


 

 

Keputusan itu dilakukan selepas satu kemalangan maut di Sydney.

Ibu pejabat Mercedes-Benz, Daimler AG berkata kenderaannya tidak dipasang dengan beg udara Takata model Alpha yang dilihat berisiko tinggi oleh ACCC.

Daimler berkata kenderaannya dipasang dengan beg udara model Beta dan ia beranggapan mana-mana kenderaan Mercedes-Benz tidak perlu diberhentikan penggunaanya atau meminta pemilik untuk tidak memandu kenderaan itu sehingga ia dibaiki.

ACC pula mendakwa kempen panggil semula yang dilakukan olehnya melibatkan beg udara Takata untuk kedua-dua model tersebut (Beta dan Alpha). ACCC juga mendakwa kematian pemandu di Sydney dan seorang lagi yang cedera parah adalah diakibatkan oleh beg udara model Beta.

Daimler berkata 97.7 peratus dari beg udara yang terbabit telah ditukar dan ia akan bekerjasama dengan ACCC untuk membaiki komunikasi pusat khidmat pelanggannya.

Di Malaysia, kempen panggil semula tidak dikawal oleh kerajaan dan syarikat kenderaan tidak perlu untuk menguar-uarkan sebarang kempen panggil semula, dan Malaysia ialah sebuah negara penghasil kenderaan dengan jenama sendiri.


* Laporan asal dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…
Berita Global
Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan…
Berita Global
Jika versi van penumpang dilengkapi dengan elemen-elemen kemewahan, kapal angkasa darat versi van…