Surat MITI tak diterima sehingga Rabu depan

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima surat kebenaran dari MITI untuk melakukan sebarang pergerakan rentas negeri sehingga Rabu minggu hadapan.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan itu dibuat untuk memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna surat CIMS dari MITI untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan menyambut Aidiladha Selasa ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana mengesan peningkatan jumlah kenderaan untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarahkan untuk tidak menerima dokumen Miti sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh bermula dari semalam sehingga 21 Julai (Rabu hadapan) bagi perjalanan merentas negeri.

Pergerakan untuk tujuan vaksinasi dan kesihatan bagaimanapun dibenarkan.

Nampaknya masih wujud kelompok yang degil dan merasakan semua agensi kerajaan berada di bawah standard kepintaran akal mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kerajaan telah berbincang dengan Proton dan Perodua untuk memperkenalkan kenderaan EV…
Berita Domestik
Justeru, langkah mengenakan AP ke atas CBU masih relevan dan perlu dikekalkan berdasarkan…
Berita Domestik
“Kita mengharapkan keputusan yang positif. MITI berharap MoF dapat memberi sokongan kepada…