Surat Akio Toyoda kepada pasukan rali Dakar Gazoo Racing - bukti beliau memang gila kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan rali Dakar yang pertama tahun ini sudah pun berakhir Jumaat lalu, dan nampaknya pasukan Toyota Gazoo Racing tidak berjaya menguasai perlumbaan tersebut menerusi pemandu mereka, Fernando Alonso.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya pelumba Nasser Attiyeh dan Matthieu Baumel berjaya memperoleh tempat kedua di dalam jentera Hilux, manakala selebihnya (Giniel/Alex, Bernhard/Tom, and Fernando/Marc berjaya menamatkan perlumbaan tanpa memperoleh sebarang kedudukan teratas. 

Namun, ia bukanlah penamat bagi segalanya. 

Usaha setiap kru perlumbaan yang bertungkus lumus sepanjang tempoh rali Dakar berjaya menarik perhatian presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda. 


 


Dan dalam satu surat balasan, Akio Toyoda tetap optimis bahawa pasukan tersebut bakal menonjolkan keupayaan yang tersendiri pada perlumbaan akan datang. 

Walaupun pasukannya tidak membawa pulang sebarang kejayaan, Akio Toyoda tetap mengucapkan tahniah kepada pasukan kilang Hino atas kejayaan memenangi kategori tersendiri, serta pasukan Land Cruiser yang meraih dua tempat teratas di dalam kelas produksi T2.2.

Sebagai seorang yang gila kereta, Akio Toyoda walaupun beliau memegang tampuk pimpinan syarikat Jepun paling berjaya pada ketika ini, beliau masih mahu 'mengotorkan' tangan merendahkan diri menyertai acara-acara perlumbaan. 
 


Akio Toyoda pada mula menggunakan nama samaran Morizo untuk menyertai perlumbaan besar seperti 24H Nurburgring di dalam jentera Lexus LF-A. 

Alasannya, beliau mahu dilayan sama rendah seperti pelumba-pelumba yang lain. 

Selain berlumba, beliau turut memiliki keupayaan mengendalikan jentera drift GT86 dan mempunyai sebuah kereta yang sangat cool - Toyota Century yang ditala khusus oleh Gazoo Racing.

Bukan itu sahaja, koleksi kenderaan beliau juga cukup menarik seperti Toyota 86, Toyota Corolla 1600 GT 1970, dan juga Lexus LF-A!

Presiden kau hado?
 


Ok, maafkan kekasaran bahasa tersebut, tapi inilah hakikat sebenar susuk tubuh insan yang bernama Akio Toyoda. 

Oleh kerana penglibatan beliau, kereta-kereta moden Toyota kini sudah pun mula berevolusi menjadi lebih baik, terima kasih kepada penggunaan platform TNGA. 

Jika anda pernah memandu kereta generasi terkini Toyota seperti Toyota Camry, Toyota C-HR dan terbaharu Toyota Corolla, ini adalah bukti sebenar bagaimana misi dan visi presiden yang kaki kereta boleh mentransformasikan kenderaan yang biasa menjadi sebuah objek yang seronok untuk dipandu seharian!

Toyota juga kini bangkit kembali dalam menawarkan produk-produk berprestasi tinggi yang menarik seperti Toyota GR Supra dan Toyota GR Yaris tatkala pengeluar lain sudah mula mengangkat bendera putih. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…