Supra Australia dapat enjin 382 hp - standard kilang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kurang pasti kenapa rakyat Australia diberikan keistimewaan ini tetapi model Toyota Supra di negara Kangaroo itu menerima talaan enjin paling berkuasa - 382 hp berbanding dengan 335 hp di Malaysia dan negara-negara lain.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Walapun daya kilas kekal sama pada 500 Nm, enjin 6-silinder sebaris buatan BMW itu menerima talaan khusus untuk pasaran Australia secara standard, lengkap dengan waranti.

Selain dari penalaan enjin, Supra Australia dipasang siap dengan topang pendakap (strut braces) hadapan untuk memastikan pengendalian lebih mantap bila dipandu secara agresif - dan mungkin ketika dipandu secara ke tepi dengan kepulan asap dari tayar belakang.

Sekiranya ada yang mahu membawa masuk Supra recon, varian Australia pastinya akan dicari-cari.

Laporan penuh di TopGear Australia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…
Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…