Supernau Motors Trading buka pusat pameran Proton bertaraf 3S di Bintulu, Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Supernau Motors Trading Sdn Bhd (Supernau) merupakan cawangan pengedar 3S sedia ada di Bintulu, Sarawak dan
telah beroperasi sejak tahun 2001.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cawangan tersebut telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi keperluan standard baharu PROTON dan terletak di sepanjang jalan utama di kawasan komersil dan perumahan yang padat.

Supernau juga mengendalikan pusat ketuk dan cat, yang terletak 14km dari cawangan 3S tersebut.


Encik Zhang Qiang, Timbalan Pengarah Sokongan Rangkaian dan Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar, Perancangan Rangkaian PROTON telah hadir untuk merasmikan majlis itu. Barisan Pengarah Supernau dan Pengurusan Kanan turut hadir di majlis tersebut.

Sama seperti perniagaan yang lain, bagi Gary Quek, Pengarah Eksekutif Supernau Motors Trading Sdn Bhd, untuk mengendalikan sebuah pusat pengedar memerlukan komitmen sepenuhnya - dari menguruskan keperluan jualan dan servis sehinggalah mengambil berat tentang keperluan pekerja.

Menurutnya lagi, ianya penting untuk memastikan pasukannya gembira kerana semangat dari situlah yang akan mencerminkan kelakuan kerja yang akan mereka hasilkan; justeru, motivasi untuk beliau adalah sentiasa memastikan pelanggan gembira mendapat perkhidmatan dan kakitangan gembira untuk berkhidmat.

Momentum ini terbukti bahawa Supernau merupakan 10 pengedar terbaik PROTON di Malaysia dan pengedar
PROTON Terbaik di Malaysia Timur.
 


Pusat Pameran Proton 3S tersebut menyediakan beberapa kemudahan seperti ruang minuman, ruang kanak-kanak, Wi-Fi percuma, ruangan pengecasan komputer riba/telefon bimbit dan tempat letak kenderaan yang luas untuk pelanggan.

Terdapat 2 ruangan menunggu (servis + pembaharuan insurans), 2 ruangan pelanggan dengan kemudahan TV, dab juga 2 ruangan solat (satu untuk lelaki, satu untuk wanita). 

Pusat Pameran 3S Supernau ini boleh dilawati pada alamat yang tertera di bawah. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…