Supernal milik Hyundai pertonton kabin eVTOL, 5 kerusi, terbang di udara!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kabin eVTOL Supernal
Kabin eVTOL Supernal
Apa khabar industri kereta terbang? Masih lagi berjalan baik atau lebih tepat dipanggil eVTOL yang merujuk kepada kenderaan elektrik berlepas dan mendarat secara vertikal.

Terbaru Supernal yang merupakan subsidiari Hyundai Motor Group mempertontonkan konsep awal kabin eVTOL di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough, United Kingdom.

Konsep kabin itu adalah hasil kerjasama studio reka bentuk kumpulan Hyundai.

Syarikat sebenarnya dalam usaha mendapatkan pensijilan eVTOL untuk kegunaan komersial di Amerika Syarikat bermula tahun 2028 dan selepas itu di EU dan UK.

Jika berjaya, kereta terbang benar-benar menjadi realiti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kabin eVTOL Supernal

 

Supernal turut bekerjama dengan lebih 50 syarikat yang merangkumi kenderaan, perkakasan automotif, pembinaan, robotik dan pemanduan autonomi.

Tujuannya adalah untuk sama-sama membesarkan rantaian industri Mobiliti Canggih Udara (AAM).

Konsep kabin lima tempat duduk ini memberi bayangan bagaimana syarikat memanfaatkan proses reka bentuk dan bahan automotif dan pada masa yang sama memenuhi standard tertinggi penerbangan komersial.

Objektifnya ialah mengoptimumkan pengalaman penumpang dan tahap harga. 

 

Kabin eVTOL Supernal

 

Berikut ialah ciri-ciri kabin eVTOL Supernal:

  • Inspirasi dari rama-rama
  • Pendekatan reka bentuk pengurangan (reductive) dari industri automotif bagi menghasilkan dalaman kabin yang ringan dan diperbuat dari tempaan (forged) gentian karbon.
  • Kerusi dibuat dengan kontur ergonomik dan ala kepompong untuk penumpang
  • Konsol kerusi boleh buka dan simpan seperti konsol tengah kereta dengan slot pengecasan dan ruang simpanan
  • Pemegang pada pintu kabin dan belakang kerusi membantu untuk masuk dan keluar
  • Gugusan lampu seperti di atas kepala diilhamkan dari bumbung suria kereta dengan pelarasan mengikut peringkat penerbangan untuk kesan terapi pencahayaan

 

Kabin eVTOL Supernal

 

  • Bentangan kabin dipengaruhi ruang automotif dengan sekatan (bulkhead) diminimumkan untuk ruang kepala yang luas dan kebolehgunaan
  • Penggunaan bahan lestari seperti termoplastik yang diperkukuhkan dengan gentian karbon kitar semula, kulit berasaskan tumbuhan yang tahan lasak, fabrik plastik kitar semula dan kayu dari sumber yang bertanggungjawab
  • Rangka kerusi dibuat dari bahan kasar proses pengeluaran kerangka pesawat udara

Sekiranya berjaya kelak, apa fungsi eVTOL? Banyak, paling utama sebagai alternatif kepada kenderaan di darat.

Sebagai contoh, berlepas dari KL Sentral dan mendarat di KLIA2 dengan 'kereta terbang'!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kabin eVTOL Supernal

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  eVTOL Supernal dibangunkan sebagai pilihan pengangkutan baharu untuk bergerak dari satu lokasi…