"Superkarat" Toyota Racing Poket Roket

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa tak kenal sama pemilik kereta “rare”ini? Beliau ialah, Jei Superkarat, salah seorang peminat tegar Toyota Starlet dan juga seorang pelumba. Jika anda selalu mengikuti perkembangan sukan lumba kereta Malaysia, pasti anda kenal dengan pelumba yang sering menyertai perlumbaan MSF di Litar Sepang dengan jentera Toyota Starlet #superkarat700 beliau.

 

Tahun ini, beliau ingin bertukar angin dengan membeli sebuah jentera yang agak "rare" di Malaysia iaitu Toyota Vitz Ncp10.

Jei Superkarat

Toyota Vitz model yang pertama ini merupakan model yang dikeluarkan oleh Toyota selepas Starlet versi ep91 yang ditamatkan pengeluarannya, jadi Vitz adalah model gantian selepas model Starlet Ep.

 

Bagi Jei, beliau ingin mencari sesuatu kelainan dengan jentera baharu beliau yang didatangkan dengan enjin N.A berkapasiti 1500cc (sama seperti model dengan enjin Vios) berkod 1nzfe.

Jei SuperkaratJei Superkarat

“Body kit” dan sparts vitz yang mudah diperolehi juga menjadikan punca utama saudara Jei ingin memiliki kereta sub kompak ini.

 

Dengan sedikit sentuhan baharu pada warna dan dalaman kereta tersebut, beliau telah menaikkan imej Vitz ini dan dengan jayanya dan menggelarkan Vitz tersebut dengan nama #supergreyfrog.

Jei SuperkaratJei Superkarat

Beliau juga sering membawa jenteranya itu di acara “Time Attack Grassroot” di Mimc, Elite, Dato Sagor dan Sepang.

 

Jei juga merancang untuk menaiktaraf enjin sedia ada bagi memberi saingan kepada pesaing dan jentera lain yang sama kelas dengannya bagi perlumbaan yang akan datang.

 

Kalau dah kaki berlumba tu, memang pasti semua nak laju aja! Apa-apa pun, selamat maju jaya Jei Super karat.

Jei Superkarat

 

Spesifikasi Toyota Vitz Ncp 10:

  • Tahun 2005
  • 1 NZ-FE 1500cc Manual (Stock)
  • HKS Muffler
  • Cusco oil catch tank
  • HKS Air Pod Filter

 

Transmisi:

  • Lima kelajuan 4.3 MT
  • Stock Vitz RS clutch
  • Cusco 1.5 Way Full Lock LSD

 

Pengendalian:

  • Front Tein & Rear FtunedRacing
  • TRD Strut Bar
  • TRD Rear Undercarriage bar
  • C-One Anti Roll Bar
  • Cusco Front Lower Bar
  • Yokohama AD08R 195/50/15 Tyre
  • 15" TE37 SL Wheels
  • Stock front & rear vitz rs brake

 

Management:

  • Stock ECU
  • EMANAGE Blue

 

Eksterior:

  • New paint early year 2017(dark grey)
  • Complete Vitz RS 02 & 03 Bodykits
  • C-one front eye lid
  • C-one rear spoiler
  • C-one front CF bonet

 

Interior:

  • Bride fullbucket(driver)
  • Levin BZR 111 passenger seat
  • Momo race steering wheel
  • Complete Vitz Rs rear seat & door panel
  • defi water temp
Jei SuperkaratJei SuperkaratJei Superkarat

Penulis: Afiz Takumi