Supercar hibrid Bugatti tidak lagi gunakan nadi W16

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti sangat sinonim dengan penggunaan enjin konfigurasi W16 8.0 liter dengan empat unit pengecas turbo itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, hayat enjin tersebut tidak lagi akan diteruskan selepas pengenalan model W16 Mistral baru-baru ini, dan Bugatti mengesahkan Mistral merupakan model terakhir yang akan dipadankan dengan enjin tersebut.

Berdasarkan laporan oleh Autocar, pengarah rekaan Bugatti Achim Anscheidt menjelaskan kehadiran pilihan enjin yang lebih kecil akan memberikan peluang baharu kepada pasukan rekaan.

"Ia menawarkan peluang. Terdapat peluang untuk menjadikannya lebih atletik, ia juga akan mempunyai kekangan disebabkan oleh prestasi dan keperluan untuk itu.

"Namun, kami tahu setiap sentimeter kereta kami, di mana kami tahu di mana tahap perubahan yang mampu membantu kami, dan di mana ia akan mencipta masalah.
 

mistral


Ini bermakna, jentera Bugatti pada masa akan datang bakal dilengkapi dengan teknologi elektrifikasi hibrid, serta unit enjin yang lebih kecil berbanding nadi W16 sedia ada.

Meskipun tiada sebarang butiran lanjut berkenaan kereta baharu itu, naib pengarah rekaan Bugatti Frank Heyl menjelaskan ia bakal menjadi satu model yang lebih menarik berbanding Mistral.

"Ia akan menjadi satu perkara yang menakjubkan dari segi inovasi dan segi yang tidak dijangka. Ia akan mampu mengejutkan ramai, dan ia adalah kegembiraan yang sebenar untuk bekerja menghasilkan model tersebut," jelasnya lagi.

Baca: Bugatti W16 Mistral

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…