SUPERCAR BLONDIE BUKA PLATFORM LELONG SUPERCAR

oleh Firdaus Razani|
Bagi pengikut dan peminat automotif, pasti mengenali dengan figura dari rancangan Youtube, Supercar Blondie, yang sering kali menyajikan video berkenaan kereta-kereta terkini yang unik dan menarik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Alex Hirschi, yang merupakan hos Supercar Blondie itu dilaporkan akan melancarkan SBX Cars, sebuah platform lelongan dalam talian yang menjual kereta-kereta mahal dan unik.

 

sb

 

Menurut beliau, “Kami menerima ramai orang bertanya sama ada kami mempunyai pembeli untuk salah satu kereta unik mereka, dan ada yang bertanya untuk mencari sesebuah kereta”.

SBX Cars telah mengesahkan lebih daripada AS$100 juta dalam konsainan sebelum pelancaran, kata Hirschi.

Menurut Alex, platform lelongan itu akan beroperasi terutamanya dari Los Angeles dan Dubai, bersama pasukannya di London.

Nik yang juga suami kepada Alex dan memegang jawatan ketua pegawai eksekutif SB Media Group, berkata “Memang ada orang menjual kereta AS$3 juta dalam talian, tetapi kereta itu mungkin disenaraikan bersama kereta AS$20,000.

“Jadi ia tidak rasa premium, jadi kami telah membina platform baharu yang akan berasa premium, kelihatan premium.” katanya.

Selain SBX Cars, Youtuber Doug DeMuro juga pernah buat perkara yang hampir sama, beliau melancarkan Cars & Bid di Amerika Syarikat pada 2020.

 

sb

 

Di Eropah, Collecting Cars, yang diasaskan oleh Edward Lovett pada 2019, dilaporkan mengutip jumlah jualan sehingga £130 juta pada tahun lepas.

Tambahan itu, RM Sotheby's, Barrett-Jackson dan Gooding & Co telah mula mengadakan jualan berasaskan web juga.

Mendokumentasikan kenderaan sedemikian selama bertahun-tahun di Supercar Blondie telah meletakkan SBX Cars untuk bersaing dalam pasaran dalam talian yang sesak, kata Lance Butler, Pengasas Stratas Auctions yang kini ditutup.

 

Laporan lanjut di The Star