Supercar aras mula Koenigsegg bermula dari RM2.8 juta, guna nadi V8 Freevalve hibrid

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Christian von Koenigsegg kini bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model supercar mampu milik syarikat Sweeden tersebut kepada orang ramai. 

Ketika bercakap kepada Road & Track, Christian menyebut supercar aras mula (entry-level) itu akan diperkenalkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show tahun hadapan.

Tambah beliau, model terbaharu itu disasarkan lebih kepada penggunaan jalan raya biasa dan bukan khusus kepada litar semata-mata. 

Spesifikasi pula belum didedahkan, namun Christian menyebut ia bakal menggunakan enjin aspirasi natural V8 Freevalve dibantu oleh sistem hibrid. 
 


Secara mudahnya, sistem Freevalve ini merupakan sistem enjin tanpa aci sesondol di mana setiap pergerakan bukaan injap kemasukan dan injap eksoz dikawal sepenuhnya Pneumatic-Hydraulic-Electric-Actuator. 

Sistem ini dikatakan mampu menghasilkan lebih kuasa berbanding enjin yang sama sesarannya tanpa menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih. 

Supercar terbaharu ini akan dipasang di Angelholm dengan kuantiti sekitar ratusan unit setahun, satu anjakan baru bagi sebuah syarikat yang menghasilkan supercar dalam unit yang sangat-sangat terhad sebelum ini. 
 


Harganya pula berkisar di antara $680,000 (RM2.8 juta) sehinggalah kepada $910,000 (RM3.7 juta) untuk varian yang lebih premium. 

Selain daripada supercar aras mula, Koenigsegg juga kini sedang memfokuskan kepada bidang elektrifikasi kereta hasil kerjasama dengan National Electric Vehicle Sweeden (NEVS) - pemilik jenama Saab. 

Disebabkan Koenigsegg tidak mahu projek supercar mampu milik itu terganggu, mereka mahu mengakses keupayaan produksi NEVS (bekas bangunan Saab) di Trollhattan bagi projek EV bervolum tinggi. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…