Superbike baharu Honda bakal guna sistem sirip dan hidung aktif

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan aerodinamik dalam jentera perlumbaan bukannya benda baharu, cuma di dalam siri kejuaraan WorldSBK, penggunaan aerodinamik aktif dibenarkan.

Ini bermakna sirip-sirip aero yang boleh berubah kedudukan bergantung kepada keperluan boleh digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini memang terbaik kerana ada masanya, sirip aero itu hanya memberikan rintangan. Jadi bila ia tidak diperlukan, contohnya ketika bergerak lurus, sirip-sirip itu boleh disorokkan atau diletakan pada posisi neutral.

Nampaknya ciri-ciri motosikal lumba ini bakal digunakan oleh pengguna seperti kita juga.

Selama ini, banyak perubahan teknologi yang digunakan tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Penggunaan teknologi elektronik yang tinggi memang dapat dirasakan, tetapi tidak dapat dilihat.

Untuk dekad 2020 ini, Honda menjamin bahawa teknologi yang bakal diperkenalkan untuk produk jalanan mereka bakal dilihat oleh semua orang.

Dari lukisan-lukisan untuk proses paten dan hakcipta Honda ini, superbike terbaharu dari jenama itu bakal hadir dengan tiga ciri-ciri aerodinamik aktif.

 

 

1. Sirip winglet

Sirip-sirip pada bahagian bawah fairing sisi yang menambah stabiliti semasa tunggangan laju, tetapi boleh dikuncupkan bila hendak mengambil selekoh agar "winglet" itu tidak terseret di atas tar jalan.

Ini bermakna sirip itu memang lebar dan akan mengubah bentuk superbike seperti yang kita ketahui, agar ia lebih seperti sebuah supercar yang mempunyai ciri-ciri aerodinamik aktif.

 

 

2. Hidung boleh laras

Bahagian hadapan superbike modern sebenarnya menghasilkan sedikit tekanan aerodinamik ke bawah - dan Honda percaya ini tidak selalunya baik.

Semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, tekanan ke bawah pada roda hadapan boleh membuatkan roda itu ditolak jauh dari apex selekoh. 

Jawapan untuk masalah ini ialah bahagian depan atau hidung superbike yang boleh dilaraskan kedudukannya.

Honda mencadangkan hidung superbike itu ditegakkan agar menjadi pesek ketika mengambil selekoh, agar tekanan ke bawah ditiadakan (lihat pada komponen nombor 80 pada dua gambarajah di atas).

Ini akan membantu motosikal itu untuk mengambil selekoh dengan lebih mudah.

Bila motosikal itu mula ke jalan lurus, hidung itu kembali menurun untuk memberikan "downforce" dan mengurangkan geseran.

 

 

3. Panel badan yang bergetar

Juga untuk membantu mengurangkan daya tekanan ke bawah ketika mengambil selekoh, Honda akan menggunakan panel-panel badan di bahagian hadapan muncung motosikal itu yang akan bergetar untuk mengurangkan kadar efektif aerodinamik di kawasan itu.

Ia akan menggunakan motor-motor elektrik kecil seperti yang digunakan dalam fungsi gegaran pada henfon zaman sekarang (tiga bulatan pada gambarajah di atas ialah lokasi motor-motor elektrik tersebut).


Kemungkinan besar ada teknologi ini sudahpun digunakan dalam motosikal SBK Honda untuk musim lalu dan musim akan datang.

Apapun, kita tunggu dan nantikan adakah segala sistem aktif ini mampu memberi faedah atau cuma menambahkan berat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
GR Corolla 2024 edisi terhad itu dihasilkan sebanyak 550 unit, dan hanya dijual untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Ada juga sesetengah pengeluar yang telah menghasilkan SUV berprestasi tinggi dan terbukti ia lebih…