Super Cub rai unit ke 100-juta untuk Honda Cub

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina khusus untuk pameran Tokyo Motorshow yang ke 45 ini, Honda mempersembahkan Super Cub 110 berwarna emas yang meraikan 100 juta unit Honda Cub terbina dan juga ulangtahun model ini yang ke-60.

Warna emas ini juga sempena model Cub Emas yang dihasilkan dalam tahun 1971 semasa Honda menyambut kejayaan produksi ke 10 juta unit terbina untuk Cub di kilang Suzuka mereka.

Enjin satu silinder Super Cub 110 ini ialah sebesar 109.1 cc OHC sejukan udara dengan penyuntik bahan api, menghasilkan 8.00 hp dan 8.50 Nm.

Tidak seperti kapchai, ia menggunakan CVT dan talisawat sebagai penghantar terakhir.

Dalam ertikata lain, bapa segala kapchai ini sudah menjadi sebuah skuter.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…