Sunway, SDSN Malaysia umum solusi terbaik NSF 2022

oleh Mohamad Hanif|
Sunway Group dengan kerjasama Sustainable Development Solutions Networn (SDSN) Malaysia baru-baru ini mengadakan Forum Penyelesaian Nasional 2022 (NSF 2022), dan dirasmikan sendiri oleh pengasas dan pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah AO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Mustapha Mohamed dan Presiden United Nations Sustainable Developmen Solusions Network Professor Jeffrey D. Sachs.

Forum tersebut menampilkan sembilan buah penyelesaian bagi cabaran berkaitan matlamat pembangunan mapan di Malaysia - kesemuanya merupakan idea daripada rakyat Malaysia itu sendiri.

Setiap sembilan solusi itu dianugerahkan wang tunai RM10,000 kerana kepintaran dan praktikaliti dalam mencapai matlamat yang mampan, sementara hadiah utama berupa tambahan RM10,000 pula diberikan kepada pasukan di sebalik Powered by RISE kerana menunjukkan tahap inovasi dan komitmen terhadap cabaran dunia nyata sebenar.
 

Finalis


Powered by RISE merupakan stesen pengecasan kenderaan elektrik yang dihasilkan sendiri menampilkan sokongan terhadap aplikasi, platform serta sistem pembayaran yang muncul pada masa yang sesuai.

Ia juga merupakan satu-satunya stesen pengecasan yang beroperasi menggunakan teknologi blockchain.

Forum Penyelesaian Nasional ini mengambil inspirasi daripada Global Solutions Forum SDSN yang pertama kali diadakan pada September 2019 di Bandar New York.

Forum tersebut membawakan pakar daripada badan kerajaan, perniagaan, kesatuan sivil, dan ahli akademik bagi membincangkan penyelesaian yang mampan terhadap isu dalam dunia sebenar.