Sunway Pyramid uji sistem parkir dengan pengimbas nombor pendaftaran kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang gemar berkunjung ke pusat membeli belah Sunway Pyramid, anda tidak lagi akan memerlukan tiket kemasukan untuk meletakkan kenderaan anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Sunway Pyramid kini sedang menjalankan ujian naik taraf sistem di mana tiada lagi tiket parkir akan diisukan kepada pengunjung, sebaliknya mereka akan menggunakan sistem pengecaman nombor pendaftaran kenderaan. 

Menurut satu hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook, Sunway Pyramid mensasarkan untuk menjadi pusat membeli belah pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem baharu ini. 

Ketika ini, sistem parkir baharu ini masih lagi dalam fasa pengujian, di mana berdasarkan video yang dipaparkan, pengguna tidak perlu untuk mengambil tiket parkir di pintu masuk parkir bertingkat tersebut. 

Dengan sistem baharu ini, masa yang dihabiskan untuk masuk dan keluar dari pusat membeli belah akan menjadi lebih singkat di mana tiada sebarang aktiviti fizikal yang perlu dibuat. 

Mereka yang mempunyai fizikal badan yang rendah juga kini boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi membuka pintu untuk mendapatkan tiket parkir. 

 


Namun, memandangkan sistem ini masih di dalam percubaan, tidak diterangkan bagaimana mekanisme pembayaran yang perlu dibuat oleh pengguna. 

Mungkin di booth pembayaran, anda hanya perlu menyebut nombor pendaftaran kenderaan sahaja dan jumlah fi akan dipaparkan berdasarkan jumlah jam anda menghabiskan masa di sana. 

Jadi, adakah sistem ini akan menjadi satu standard untuk pusat membeli belah?

Atau adakah ia lebih sesuai digunakan di plaza tol? Lebih memudahkan bukan?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat empat buah Tesla Supercharger V3 berkapasiti 250 kW yang membolehkan sebuah Tesla Model 3…
Berita Domestik
Dalam acara tersebut, Taj Izrin Aiman Taj Madira telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan…
Berita Domestik
Sunway Smart Parking ini turut disokong oleh rangkaian dompet elektronik seperti GrabPay, Boost,…