Sunway laksana tempoh percubaan Smart Parking, bakal dibuka kepada umum Q1 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sunway hari ini mengadakan sesi pratonton media untuk pelaksanaan sistem parkir pintar Sunway Smart Parking yang menggunakan sistem pengimbasan nombor pendaftaran kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sunway Smart Parking ini turut disokong oleh rangkaian dompet elektronik seperti GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch 'N Go Digital, dan Maybank QR selain rakan kongsi kredit seperti MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay dan MyDebit. 

Pengenalan sistem parkir tanpa tunai ini merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway bagi memudahkan urusan pengunjung di mana mereka tidak perlu lagi mendapatkan tiket fizikal. 

Ia juga mampu mengurangkan lagi jejak karbon para pengunjung sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 


Sunway Smart Parking akan dilaksanakan dalam kawasan Bandar Sunway merangkumi Sunway Pyramid, Hotel-hotel Sunway dan Menara Sunway. 

Sistem ini merupakan sistem parkir pintar pertama yang hadir dengan sokongan pelbagai aplikasi e-dompet yang memberikan lebih kemudahan buat para pemandu. 

Untuk masa terhad, sistem ini hanya tersedia kepada pemegang pas bulanan parkir dan akan diperkenalkan kepada umum pada suku pertama tahun 2020. 

Untuk pertama kali, para pengguna perlu mendaftakan nombor pendaftaran kenderaan di portal Sunway Parking dan menghubungkannya dengan aplikasi e-dompet pilihan. 

Pembayaran hanya akan dilakukan menerusi e-dompet tanpa melibatkan tiket fizikal. 

 


Bagi pengunjung yang tidak mempunyai e-dompet, mereka boleh memilih untuk membayar menggunakan kad Touch 'n Go atau sistem pembayaran automatik untuk tempoh tertentu bagi memberikan ruang masa penyesuaian. 

Pengunjung yang mendaftarkan nombor pendaftaran semasa tempoh pra-pendaftaran akan berpeluang menikmati parkir percuma sebanyak satu kali apabila ia dibuka kepada orang ramai. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaypyramid.com/smartparking atau menerusi talian 03-7494 3185. 

Berita Berkenaan

Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…
Berita Domestik
Melalui kerjasama itu, Gentari menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, akan…
Berita Domestik
Buat mereka yang mempunyai hartanah sendiri, tidak menjadi masalah untuk terus memasang kemudahan…