Sunway iLabs, Carsome umum kerjasama strategik

oleh Mohamad Hanif|
Sunway Innovation Lab (iLabs), cabang inovasi Sunway Group mengumumkan kerjasama dengan Carsome, platform e-dagang kereta dengan melancarkan program pemecut yang dinamakan sebagai Carsome Mobility Lab.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dilancarkan pada suku ketiga tahun 2022, Carsome Mobility Lab merupakan ekosistem automotif pertama di Malaysia yang ingin menyokong syarikat pemula teknologi dalam menawarkan penyelesaian mampan di dalam pasaran sedia ada di Carsome.

Program ini bakal menawarkan platform holistik untuk syarikat pemula di dalam ekosistem auto dengan menawarkan bimbingan, peluang pembiayaan, serta akses kepada peluang kerjasama menerusi rangkaian usahawan, korporat, serta pakar industri yang dimiliki oleh Sunway dan Carsome.

Menurut CEO yang juga pengasas bersama Carsome, Eric Cheng berkata, "kami amat teruja dengan perkongsian bersama Sunway iLabs, kerana ia merupakan program pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.

"Ia merupakan satu penghormatan buat kami untuk menyokong dan membantu usahawan dan komuniti automotif menerusi program unik ini.

"Ini juga merupakan satu langkah yang besar ke arah visi Carsome untuk mencipta ekosistem pemilikan kenderaan yang paling dipercayai yang dikuasakan oleh teknologi dan juga data," jelasnya lagi.

Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway dan Pengarah Sunway iLabs, Matt Van Leeuwen berkata, kerjasama dengan Carsome akan berkembang menjadi platform inovasi spektrum yang luas, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), bakat teknologi pembangunan dan kini program pemecut untuk syarikat pemula.

"Kami percaya program ekosistem auto yang pertama di Malaysia ini akan membantu meningkatkan kebolehan syarikat pemula dari segi hubungan, pasaran, mentor dan pembiayaan yang ditawarkan oleh Carsome dan Sunway," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jalinan kerjasama itu akan memanfaatkan komuniti luasnya yang mempunyai lebih 1.1 bilion peminat…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…
Berita Domestik
"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini. "Apa…