Sungai Korok rekod lapan kematian dalam tempoh lima tahun

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kawasan terusan di Sungai Korok yang menjadi lokasi enam sekeluarga ditemukan lemas dalam Proton Iswara, pada Isnin merekodkan lapan kematian dalam tempoh lima tahun.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, jumlah itu termasuklah enam beranak yang ditemukan meninggal dalam kereta, pada Isnin.

Beliau berkata, rekod sejak 2021 itu kebanyakannya dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan hilang kawalan, tergelincir serta kenderaan terbabas ke dalam sungai.

"Kejadian yang paling menyayat hati adalah yang berlaku semalam iaitu pada pagi Sabtu lalu mengakibatkan enam beranak meninggal dunia apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas dan menggelongsor ke dalam sungai," katanya di Jitra pada Selasa.

Mohd Radzi berkata, kejadian berlaku pada Disember 2021 menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia di sungai berkenaan.

Beliau berkata, pada Disember 2022 pula membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas lalu terjunam ke dasar sungai berkenaan.

"Bagaimanapun tiada kemalangan dilaporkan berlaku pada tahun 2023 dan tahun lalu.

"Selain tragedi Sabtu lalu, berlaku juga kemalangan pada awal tahun ini yang membabitkan empat pelajar sebuah universiti nyaris terkorban apabila kereta dinaiki mereka terhumban ke sungai itu.

"Mereka berjaya menyelamatkan diri selepas keluar dari kereta jenis Perodua Viva dan berenang ke tepi sungai," katanya.

Mohd Radzi berkata, antara faktor kemalangan yang berlaku di kawasan Sungai Korok itu dipercayai berpunca daripada hilang kawalan kenderaan, tergelincir serta faktor manusia.

Katanya, orang awam turut mencadangkan supaya memasang penghadang keselamatan sepanjang laluan bahaya kerana berlaku beberapa kes lemas dan kemalangan maut sebelum ini.

"Selain itu, cadangan dan tindakan yang akan diajukan kepada pihak terbabit untuk mengatasi perkara itu ialah pemasangan penghadang lebih tinggi dan kukuh di kawasan laluan berisiko.

"Dalam pada itu, peningkatan papan tanda amaran, jalan gelincir (skid warning), dan pemantauan JKR/JBPM.

"Kempen kesedaran pengguna jalan raya terutama ketika memandu bersendirian atau membawa keluarga melalui laluan sempit berdekatan sungai juga perlu dipertingkatkan," katanya.

- komen pedas yang akan kedengaran adalah; selagi tidak 'terjadi' pada anak menteri atau menteri, pasti tiada tindakan susulan yang akan dibuat -

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perbincangan itu turut mengambil kira aspek…
Berita Domestik
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat…