Sumber dedah kabinet putuskan PLUS tidak akan dijual 

oleh HEZERI SAMSURI|
Mesyuarat Kabinet yang berlangsung petang tadi membuat keputusan untuk tidak menjual syarikat konsesi PLUS Malaysia Bhd dan akan terus menjadi pegangan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Berita ini didedahkan oleh The Edge Markets yang mendakwa ia adalah informasi dari sumber-sumber mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber-sumber itu turut memberitahu The Edge Market walaupun syarikat tidak akan dijual,  perjanjian konsesi PLUS akan distrukturkan semula untuk menurunkan kadar tol bagi kepentingan rakyat.

Ia seterusnya melaporkan bahawa jemaah kabinet belum lagi membuat keputusan untuk mengambil-alih empat lebuhraya milik Gamuda Berhad yang berada di dalam kawasan Lembah Klang.

Awal pagi tadi Khazanah memberitahu pihak kerajaan telah berhubung dengan pemegang-pemegang saham PLUS dengan objektif untuk meringankan beban pengguna dan juga untuk mengurangkan bayaran pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan pusat tanpa menolak nilai lebuhraya itu dan juga hutang yang masih ditanggung.

Khazanah turut berkata ia sedar akan tawaran-tawaran dari syarikat milik persendirian yang mahu membeli PLUS tetapi tidak ada satu pun tawaran itu dibuat secara rasmi kepada Khazanah, pemegang saham terbesar PLUS.

Khazanah telah memberikan pendapat dan pandangan mereka kepada pihak kerajaan dan membantu cadangan mengimbangi polisi untuk mencapai objektif kerajaan dalam mengurangkan beban pengguna lebuhraya.

"Khazanah ingin menegaskan bahawa pihak kerajaan telah berlaku profesional dan mempraktikan proses pengurusan yang baik dalam mencari solusi untuk isu tersebut," ujar Khazanah.

* Laporan diasaskan oleh artikel dari The Edge Market.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…