Sumbangan untuk tabung Palestin - 20 bidaan diterima untuk sebuah Volvo XC60

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Berita Harian
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya 'melepaskan' kereta kesayangannya kepada pemilik baharu selepas ia dibida pada harga RM150,000 bagi disalurkan kepada tabung kemanusiaan Palestin.


Beliau berkata, bidaan bagi kereta Volvo XC60 AWD T6 (2010) miliknya itu ditutup pada jam 10 pagi semalam, selepas ia diumum akan dijual bagi membantu rakyat Palestin, mulai Sabtu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saingan sangat sengit termasuk daripada orang bukan Islam. Kira-kira 20 orang membuat bidaan, namun pada jam terakhir ada dua ahli perniagaan membuat bidaan yang semakin tinggi.

 

"Akhirnya pada jam 9.59 pagi tadi, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra, menghantar bidaan tertinggi RM150,000 iaitu hampir tiga kali ganda harga asal yang saya tawarkan untuk dibida iaitu RM55,000," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, semalam.

 

Sabtu lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi sanggup menjual keretanya demi membantu penduduk Palestin yang diserang rejim Zionis ketika ini.

 

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata kereta itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan…
Informasi
  “Sehingga Oktober ini, sebanyak 124 siri nombor pendaftaran telah diperkenalkan melalui sistem e…
Berita Domestik
  Katanya, kerajaan melalui JPJ meluaskan pelaksanaan JPJeBid ke JPJ Kelantan untuk bidaan bagi…