Sumandak Kapten Nik untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Para pembaca Careta sudah pasti mengenali kelibat model motorhome yang pernah kami tampilkan sebelum ini, iaitu Sumandak milik Kapt. Nik dan ia sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Sumandak" mengikut dialek bahasa negeri Sabah membawa maksud gadis cantik dan Sumandak milik Kapt Nik ini mampu memuatkan sehingga dua orang dewasa (di bawah ketinggian 180 cm) dengan selesa ketika bermalam.

 


Proses pengubahsuaian caravan ini turut mendapat kelulusan daripada JPJ dan berdasarkan maklumat daripada laman Facebook beliau, Sumandak ini didatangkan dengan beberapa kemudahan seperti:

  • tangki air berkapasiti 100 liter
  • bilik air dengan tandas kaset Thetford
  • sistem hiburan berasaskan Android dengan skrin paparan lapan inci
  • panel solar monocrystalline 450 watt dengan unit bateri Lifepo4 300Ah
  • peti sejuk 70 liter
  • unit kipas pengudaraan VanTastic

Enjin 2.5 liter diesel turbo yang dipadankan dengan transmisi manual itu sudah cukup untuk menggerakkan Sumandak pada kelajuan 110-120 km/j, dan boleh dipandu pada kelajuan 140 km/j sekiranya keadaan memerlukan.

Menurut hantaran Kapt. Nik menerusi iklan di Facebook Peminat Camper Malaysia, beliau kini mempunyai dua projek yang tertangguh, termasuk satu projek untuk menukarkan sebuah Mercedes Bus menjadi rumah bergerak.

Kapt. Nik boleh dihubungi menerusi Facebook beliau, atau talian 0192310005.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…
Gaya Hidup
Salah satu daripadanya ialah Knaus Tabbert yang sudah pun rasmi menerima penganugerahan Sijil…
Berita Global
Idea tersebut dicetuskan oleh sebuah syarikat Jerman Schneider Caravaning yang mengilhamkan…