Sultan Johor pandu Tun M guna Proton Saga

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tadi berkenan memandu Proton Saga generasi pertama keluar dari Istana Bukit Serena bagi menghantar Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai petang tadi.

Tun M hadir ke istana tersebut jam 4 petang tadi untuk bertemu dengan Sultan Johor.

Kereta Proton Saga 1.5S yang bernombor plet Proton 1 itu kelihatan dijaga baik dan bebas tanpa sebarang modifikasi tambahan.

Sebenarnya, Proton sendiri tidak mempunyai contoh Proton Saga generasi itu dalam keadaan sebaik milik Sultan Johor.

Malah, Proton sebenarnya tidak ada pun gambar-gambar Proton Saga, kecuali yang disimpan oleh pihak media. 

 

 

Muzium Proton yang berada di COE Shah Alam pula mengandungi beberapa kereta yang unik, cuma sayang model-model rasmi Proton ada yang dalam keadaan tidak sempurna dan menggunakan komponen kosmetik yang tidak standard.

Mungkin Geely boleh membantu Proton dalam cara menyimpan khazanahnya sendiri. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…