Sultan Johor pandu Hyundai Ioniq 5!

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini kita sudah pun melihat sebuah Genesis G90 Limousine yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi Sultan Johor, kali ini sebuah lagi kereta daripada Hyundai dimasukkan ke dalam senarai kenderaan milik baginda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Johor itu dilihat memandu sebuah EV Hyundai Ioniq 5 yang dipercayai unit yang pertama mendarat di Malaysia.

 


Kelibat model EV itu lebih jelas kelihatan pada sebuah video ringkas yang dimuat naik pada 25 September yang lalu ketika majlis menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Setakat ini tiada sebarang perancangan didedahkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors berkenaan kemasukan model EV Ioniq 5, namun rakan media Paultan sebelum ini melaporkan salah satu daripada unit EV, Hyundai Kona Electric 2021 bakal memasuki pasaran Malaysia menjelang suku keempat tahun ini.
 

Ioniq 5
Sumber: FB Sultan Johor


Hyundai Ioniq 5 dilancarkan secara rasmi pada awal tahun lalu dengan membawakan rekaan crossover retro moden yang diinspirasikan daripada Hyundai Pony 1975.

Pembeli di negara luar boleh mendapatkan Hyundai Ioniq dengan kapasiti pek bateri 58 kWh atau 72.6 kWh, serta konfigurasi pacuan roda belakang atau semua roda.
 

Ioniq 5


Versi paling asas 58 kWh boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal (168 hp/350 Nm) yang mampu memecut 0-100 km/j dalam 8.5 saat, atau versi AWD (232 hp/605 Nm) dengan motor elektrik berkembar (depan 71 hp/255 Nm, belakang 161 hp/350 Nm) dan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.1 saat.

Versi pek bateri yang lebih besar 72.6 kWh dengan sistem motor elektrik tunggal menghasilkan kuasa setinggi 215 hp dan 350 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam 7.4 saat, manakala versi paling berkuasa AWD menawarkan 302 hp/605 Nm dengan gandingan motor elektrik berkembar (depan 94 hp/255 Nm, belakang 208 hp/350 Nm) serta pecutan sepantas 5.2 saat.

Baca: Hyundai Ioniq 5 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Semalam, Sultan Ibrahim berkenan mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…