Sultan Johor bantu misi selamatkan mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Operasi menyelamat mangsa banjir di Johor turut dibantu sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, Sultan Ibrahim berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu ‘air boat’ berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, 'air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gombang yang menempatkan 47 keluarga, hari ini.

Tunku Abu Bakar kemudiannya ke lokasi kedua iaitu Jeti Galeri Darurat Bukit Kepong sebelum berkenan menyampaikan bantuan makanan di PPS SK Bukit Kepong yang menempatkan 42 keluarga, selain turut meluangkan masa meninjau keadaan lokasi yang terjejas banjir sepanjang perjalanan, meskipun dalam keadaan hujan.

Turut serta, Datuk Perdana Dalam Kolonel (Bersara) Datuk Mohamed Perang Musa; Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim; dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang.

Semalam, 'air boat' berkenaan yang juga dikemudi oleh Tunku Abu Bakar turut digunakan dalam penghantaran makanan ke Kampung Orang Asli Pucur, Kahang di Kluang selepas penempatan mereka dinaiki air.

Perjalanan itu mengambil masa hampir 40 minit dengan menyusuri Sungai Kahang dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa terlibat.

Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50,596 orang dengan daerah Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas bencana dengan merekodkan 19,883 orang.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Semalam, Sultan Ibrahim berkenan mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…