Sukarelawan Perodua tanam 1,700 pokok bakau

oleh Mohamad Hanif|
Perodua meneruskan komitmennya terhadap pemuliharaan alam semula jadi dengan menganjurkan Program Penanaman Pokok Perodua di Taman Alam Kuala Selangor di Kuala Selangor baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tanggungjawab sosial korporat ini adalah kesinambungan daripada Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) yang diperkenalkan pada suku keempat 2021, dengan sasaran untuk menanam sebanyak 300,000 pokok menjelang akhir 2023.

Sejak pelancaran inisiatif berkenaan sehingga kini, kira-kira 174,000 pokok telah ditanam dan baki 133,000 pokok lagi dijangka akan ditanam menjelang akhir tahun ini.

Kira-kira 120 sukarelawan Perodua terlibat di dalam program yang berlangsung selama sehari itu. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Cik Noor Zakiyah Hasan dan Pengurus Besar Divisyen Perhubungan dan Komunikasi Korporat, Puan Sulasi Haji Mahadi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua kini sedang melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan program seumpama ini adalah penting kerana ia mencerminkan komitmen syarikat ke arah mencapai matlamat tersebut.

“Acara penanaman pokok ini juga berkaitan dengan salah satu matlamat SDG iaitu matlamat nombor 15, Hidupan Atas Darat. Objektifnya adalah untuk mencegah kehilangan biodiversiti, menghentikan degradasi tanah, menghentikan penggurunan, melindungi, memulih, dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat serta mengurus hutan secara mampan.

“Justeru, aktiviti penanaman pokok anjuran Perodua ini dapat membantu menyebarkan lebih banyak kesedaran untuk memulihara bumi,” katanya.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…