Sukarelawan dari negeri PKP tidak dibenar sertai misi bantuan banjir - MB Pahang

oleh Mohamad Hanif|
Badan korporat, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya zon merah tidak dibenarkan melakukan aktiviti pasca banjir di Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi mereka selain zon merah atau negeri dikenakan PKP, pihak terlibat perlu berdaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my serta wajib mendapatkan kelulusan merentas negeri daripada polis.

"Jika diluluskan, aktiviti yang dibenarkan hanya penghantaran barangan bantuan tanpa melibatkan aktiviti gotong-royong, ramah mesra dan interaksi serta tiada sebarang sentuhan fizikal dibenarkan dengan mangsa banjir terutamanya di pusat pemindahan sementara.

"Surat kelulusan dan pas kenderaan perlu dipaparkan pada kenderaan yang digunakan. Konvoi akan dipantau polis sepanjang perjalanan dan jika berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), tindakan kompaun akan dikenakan serta merta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata sukarelawan dari Pahang juga perlu mendapatkan kelulusan bagi aktiviti pasca banjir dengan jumlah peserta dibenarkan bagi menyertai aktiviti gotong-royong bergantung kepada saiz ruang yang ingin dibersihkan dengan had maksimum 10 orang pada satu-satu masa.

Berita penuh: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…