Sukan permotoran - perlu dilihat sebagai satu industri penjana pendapatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang penganjur acara-acara sukan permotoran, Ron Hogg berkata kerajaan sepatutnya melihat sukan permotoran ini sebagai salah satu sumber pendapatan untuk negara.

Bercakap dengan New Straits Times semalam, Ron berkata industri sukan negara sekarang ini dalam keadaan pegun kerana arahan PKP oleh kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya cabang sukan yang menggunakan model "sports bubble" atau gelembung sukan menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibenarkan beroperasi.

"Penggunaan sports-bubble untuk penganjuran sukan domestik akan memakan kos yang terlalu tinggi. Kenapa bidang pembuatan tidak perlu menggunakan konsep ini tetapi untuk sukan, ia diperlukan," soal Ron.

"Bidang penganjuran sukan adalah satu cabang perniagaan. Kerajaan perlu melihat sukan sebagai satu perniagaan. 

Ada ribuan pekerja yang berada di dalam industri sukan dan kami semua membayar cukai dan kami mampu berdikari," tambah Ron.

 

 

Ron juga berkata antara punca kenapa sukan di Malaysia terlalu lambat untuk berkembang ialah kerana ia terlalu bergantung pada dana kerajaan.

"Jika kita lihat kepada sukan bolasepak, kecuali pasukan JDT dari Johor, hampir setiap tahun kita akan dengar kes-kes gaji tidak dibayar.

Ini sering berlaku kerana pasukan-pasukan bolasepak ini tahu kerajaan negeri akhirnya akan membayar kos dan segala hutang piutang," Ron berkata lagi.

"Jika penganjur menggunakan wang sendiri, mereka akan lebh berhati-hati kerana mereka tidak mahu rugi," ujarnya.

 

 

 

 

Ron ialah penganjur untuk Kejuaraan Petronas Malaysia Cup Prix, Kejuaraan Asia Road Racing dan juga Kejuaraan  Superbike Malaysia (bersama SIC).

Malaysia memang sudah lama menumpukan perhatian kepada sukan bolasepak, tetapi wang rakyat dari sukan itu sering tidak mencapai objektif dan cabang sukan yang sebenarnya membawa nama negara naik ke persada ialah sukan-sukan lain seperti badminton, squash, renang, gimnastik dan sukan permotoran.

Mungkin satu perubahan besar boleh dilakukan agar fokus negara boleh dialihkan daripada menghabiskan wang rakyat kepada pelaburan yang benar-benar mampu menaikan nama negara.


* Laporan penuh di NST

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, litar tersebut dibangunkan oleh Horizon Motorsport dengan kerjasama kerajaan Selangor…
Berita Domestik
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosy Wan Ismail berkata, beberapa perkara perlu diteliti terlebih…
Sukan Bermotor
Menurut kenyataan akaun rasmi Johor Southern Tigers di X, pasukan yang akan dikenali sebagai JDT…