Suka letak kaki atas papan pemuka? Gambar ini mungkin bakal mengubah sikap anda!

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu contoh yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai panduan kenapa kita perlu duduk mengikut cara yang betul ketika di dalam kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dipetik daripada Autoblog, laman web automotif tersebut menerbitkan sebuah imej x-ray daripada sebuah kes kemalangan sebenar yang berlaku kira-kira lima tahun lalu. 

Berdasarkan imej x-ray tersebut, tulang femur wanita tersebut patah di sebelah kiri dan terkeluar daripada soket asal, manakala kaki kanan pula nampaknya tersisih jauh daripada posisi asal. 

Dalam satu kemalangan kecil yang berlaku pada tahun 2015, hampir kesemua penumpang di dalam kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan kecuali mangsa, Audra Tatum. 

Disebabkan beg udara yang tercetus, ledakan tersebut mengakibatkan kaki mangsa menghentam muka, sehingga menyebabkan hidung, tulang femur dan tumit kaki mengalami retak dan patah. 

Satu ironi yang menyedihkan adalah Audra Tatum sendiri merupakan kakitangan perubatan kecemasan, dan beliau kehilangan upaya untuk meneruskan kerjayanya dua tahun selepas kejadian tersebut. 

Jadi, sebagai peringatan, duduklah dengan cara yang sebetulnya ketika memandu dan juga duduk sebagai penumpang. 

Sumber: Autoblog


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…