Sufi jual cenderahati Federal Route 6

oleh HEZERI SAMSURI|
Federal Route atau Laluan Persekutuan 6 ialah jalanraya sepanjang 60 km yang terletak di Pulau Pinang.

Ia boleh dikatakan mengelilingi pulau tersebut dan dibina oleh pihak British dalam tahun 1920-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk anda yang dalam misi pengembaraan dan mahu melalui kesemua Laluan Persekutuan di dalam negara, pastinya cenderahati untuk setiap tempat perhentian atau PitStop di setiap Route akan menjadi kenangan terbaik.

Careta berada di Pulau Pinang awal bulan lalu dan dijemput untuk singgah ke gerai milik Mohd Sufi Mohd Nayan dari Tasik Gelugor.

 

 

Berusia 56 tahun, Sufi yang dahulunya bekerja dengan Zakat Pulau Pinang kini sudah bersara dan sering berjalan dengan motosikal beliau - Honda CB500 F dan RS150.

"Paling jauh, saya pernah menunggang ke Myanmar," ujarnya yang tak kedekut dengan senyuman.

Gerai Route 6 miliknya itu hanya menjual cenderahati berkaitan dengan Laluan Persekutuan 6, dari baju T, pelekat, patch dan key-chain Route 6.

Harga dari serendah RM3 untuk pelekat. 

Idea membuka gerai Route 6 ini datang daripada pengamatan Sufi di laluan-laluan Thailand yang sentiasa ada gerai menjual cenderahati untuk laluan-lauan di sana.

 

 

Lokasi Gerai Route 6 ini tidak terletak di Pulau Pinang sebenarnya, tetapi di susur keluar Sungai Dua, Butterworth.

Jika anda gunakan Waze atau Google Map, cari lokasi Rumah Makanan Pak Long/Penang Route 6 Shop di Jalan Sungai Dua.

Waktu operasi ialah dari 8 pm - 11 pm pada hari biasa dan 6 pm - 12 am pada hujung minggu.

Selain dari membeli cenderahati Route 6, anda juga boleh menjamu selera di restoran Rumah Makanan Pak Long dengan resipi Kari Ikan Sembilang istemewa (hanya pada waktu tengahari) dan ikan bakar (malam).

Kalau ke sana, jangan lupa sampaikan salam kami kepada Pak Sufi!