Bukan kerana angka jualan yang tidak memberangsangkan (Jimny memang laku keras!), akan tetapi ia berkait rapat dengan peraturan dan regulasi pelepasan asap yang semakin ketat dan perlu dipatuhi oleh setiap syarikat automotif di Eropah.
Ini kerana model Suzuki Jimny yang dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan mencatatkan pelepasan karbon sebanyak 154 g/km, angka yang sangat besar berbanding purata pelepasan emisi fleet yang perlu dipatuhi oleh syarikat tersebut bermula tahun hadapan.
Menurut laporan daripada Autocar, wakil Suzuki telah pun mengesahkan penghentian penjualan model Jimny di UK, dan pihak Suzuki sedang berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kini terpaksa menunggu sehingga 4-5 bulan!
Namun, seperti laporan yang pernah kami utarakan sebelum ini, Suzuki Jimny bakal hadir semula ke pasaran tersebut di bawah kelas komersial N1, di mana tempat duduk baris kedua akan dibuang.
Sementara itu terdapat berita di mana Suzuki Jimny bakal hadir dalam versi lima pintu untuk pasaran Asia dengan jarak antara roda yang lebih panjang, dan versi ini nampaknya tidak akan menjejaki pasaran Eropah.
Dengan 'terkeluarnya' Jimny dari senarai, barisan kenderaan Suzuki di UK kini terdiri daripada kenderaan mild-hybrid termasuk Ignis, Swift, Swift, Swift Sport, Vitara, S-Cross dan Suzuki Across yang menggunakan platform Toyota RAV4 Prime.
Sumber: Autocar