Subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) - 527,254 permohonan diterima

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak atau CRS tidak boleh dipertikaikan kerana ia sememangnya salah satu inisiatif dan usaha kita sebagai ibubapa untuk menyelamatkan nyawa anak-anak yang tidak bersalah.


Walaupun masih ada lagi para ibubapa yang masih 'alpa' tentang kepentingan CRS tetapi dari pihak kerajaan, mereka telah mengambil pendekatan bersama pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan menjayakan program rebat pembelian subsidi pembelian CRS tersebut.

 

MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di bawah Belanjawan 2022 yang berakhir semalam (Jumaat) dan mereka telah menerima sebanyak 527,254 permohonan.

 

Dari jumlah permohonan yang diterima, seramai 61,957 dari golongan B40 telah menerima subsidi di bawah Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) dengan tuntutan rebat sebanyak RM8.8 juta, sejak 1 Mac lepas.

 

"Keprihatinan kerajaan Malaysia dalam membantu golongan B40 dizahirkan dengan pemberian rebat sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian CRS.


Program rebat pembelian CRS itu adalah inisiatif pihak kerajaan untuk meringankan beban golongan B40 untuk membeli dan memiliki CRS yang berkualiti pada harga yang berpatutan, menurut kenyataan tersebut.
 

Datuk Khairil Anwar - gambar dari Facebook MIROS

 

Antara usaha MIROS untuk mempromosikan Program Subsidi MyCRS adalah melalui penganjuran Program Jelajah Subsidi MyCRS yang bertujuan membantu orang awam berkelayakan untuk mendaftar dan mendapatkan kelulusan permohonan subsidi dengan segera.

 


Ketua Pengarah MIROS Datuk Khairil Anwar Abu Kassim dalam kenyataan sama berkata berkata pelaksanaan program subsidi MyCRS telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Kementerian Pengangkutan dan pengedar serta wakil sah penjual CRS seperti Koopers Distribution Sdn Bhd, Quinton Baby, Crolla Baby, Little One Group dan SNS Products Sdn Bhd.

 


Menurut Khairil Anwar, MIROS sentiasa komited dan menyokong usaha serta kerjasama strategik daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kesedaran orang awam khususnya ibu bapa dalam menitikberatkan penggunaan tali pinggang keledar dan CRS ketika berada di dalam kenderaan.

 


Khairil Anwar berharap Program Subsidi MyCRS itu menjadi satu pemangkin dan permulaan baharu ke arah membudayakan amalan keselamatan jalan raya di dalam kehidupan seharian.

 


Terdahulu, Khairil Anwar menyempurnakan Majlis Penutup Sempena Hari Terakhir program MyCRS dan pelbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan CRS bagi memberi panduan dan nasihat kepada ibu bapa dalam memastikan ia sesuai mengikut umur dan had ketinggian yang ditetapkan.

 

crs

 

 

 

-- BERNAMA
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kepuasan pelanggan amat penting kepada kami. Jadi, kami meningkatkan usaha terhadap semua aspek.…
Informasi
  Menurut laporan dari Sinar Harian, @madshafiq mengambil tindakan tersebut adalah disebabkan…
Berita Domestik
  Menurut beliau, perkhidmatan bas percuma ini akan bermula dengan 10 bas yang akan ditambah…