Subaru XV Serba Baharu Dengan Harga Bermula Dari RM118,819

oleh SALINA JALIL|
TC Subaru Sdn Bhd pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, telah melancarkan generasi kedua model Subaru XV yang serba baharu sebentar tadi. Generasi pertama model Subaru XV telah pun berada di Malaysia sejak lima tahun dahulu (2012) dan apa yang menarik adalah beberapa penambahbaikan dan harga pengenalan bermula dari RM118,818* untuk varian 2.0i dan RM125,898* bagi varian 2.0i-P (harga di Semenanjung Malaysia dan tanpa insuran).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
XV 1

 

Subaru XV serba baharu ini adalah sebuah kenderaan Crossover yang memenuhi kehendak masa kini, dimana ia sebuah kenderaan praktikal dan berfungsi sebagai sebuah SUV kompak untuk penggunaan harian dan didatangkan dengan dua varian; 2.0i (standard) dan 2.0i-P (premium) 

Berikut adalah spesifikasi dan penambahbaikan yang terdapat di model XV baharu ini:-

- Subaru Global Platform, di mana ia berfungsi dengan menggurangkan gegaran dan 'body roll'
- 2.0 liter direct fuel injection enjin Boxer, 4 silinder, DOHC 16 valve, Petrol
- 156PS dan tork 196Nm
- All wheel drive dengan X-Mode
- Bentuk yang lebih sporti dan 'berjiwa muda'
- Penambahbaikan sistem keselamatan dengan tujuh beg udara 
- Transmisi tujuh kelajuan, Lineartronic CVT
- Euro NCAP 5 Bintang  bagi ujian keselamatan

XV 2

 

Apa yang paling menarik adalah bahagian enjin di mana XV baharu ini menggunakan 2.0 liter enjin Boxer yang telah dirubah dan menjadikan ia 12 kilogram lebih ringan dan dengan direct fuel injection untuk memberi lebih kuasa dan penjimatan bahan api.  Sistem transmisi Lineartronic CVT pula 7.8 kilogram lebih ringan dari model sebelum ini dan dengan mod transmisi tujuh kelajuan, pemandu mempunyai kelebihan dalam pengawalan pergerakan XV ini.

Subaru Global Platform atau Platform Global Subaru pula dapat meningkatkan keteguhan sebanyak 70% secara drastik di bahagian casis dan secara keseluruhan dari model terdahulu dan ini dapat mengurangkan gegaran dan 'body roll' dan menjanjikan perjalanan yang lancar dan tenang.

Ada enam warna yang ditawarkan untuk kedua-dua varian, jingga (sunshine orange), biru gelap (dark blue pearl), putih (pure white), perak (ice silver metallic, kelabu gelap (dark grey metallic) dan hitam (crystal black silica).  Tempahan telah dibuka di kesemua bilik pameran Subaru seluruh Malaysia.

*harga berbeza bagi Semenanjung Malaysia, Langkawi, Labuan, Sabah dan Sarawak

XV 3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…