Subaru XV GT Edition – sentuhan ajaib Jack Kobayashi, pereka bentuk WRX-STi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motor Image, pengedar dan pemasang kenderaan jenama Subaru di Malaysia telah melancarkan varian terbaharu untuk model crossover popular mereka, XV.

Subaru sangat memahami betapa cerewetnya para pelanggan di rantau Asia yang mahukan sesuatu yang standing dengan Eropah, dan untuk itu, edisi khas Subaru XV GT Edition ini tampil dengan sentuhan yang amat berbeza. 
 


Jika anda rasa anda pernah mendengar nama Jack Kobayashi, jangan risau kerana memang anda betul - Kobayashi-san ini pernah menjadi Ketua Rekabentuk dan Ketua Studio Reka bentuk Global untuk Subaru.

Jack Kobayashi sebenarnya mendapat latihan sebagai seorang pereka fesyen di Tokyo.

Dia berhenti dan berhijrah ke California untuk memulakan karier beliau di dalam rekabentuk automotif.
 


Selama 25 tahun beliau di Subaru, Kobayashi bertanggung-jawab ke atas 12 reka bentuk produk Subaru dan terus digelar sebagai "Hit Maker" kerana hasil rekaannya menjadi legenda jenama Subaru.

Antaranya ialah Subaru Outback generasi pertama, Legacy GT, beberapa model WRX STi, Forester, Levorg dan ya, model global sensasi Subaru, XV atau Crosstrek generasi pertama.

Walaupun sudah bersara dari Subaru, Kobayashi terus diburu untuk membantu menghasilkan produk-produk terbaik dan antaranya ialah Subaru XV GT Edition, yang hanya boleh didapati di rantau Asia sahaja.
 


Selain daripada khidmat Kobayashi, Subaru turut melengkapkan beberapa aksesori berkualiti untuk XV GT Edition ini terima kasih kepada Giken Co. Ltd. 

Hasilnya, empat elemen bodykit yang berkualiti tinggi:

-    Bamper hadapan dengan tambahan "lip" dan "canard"
-    Bodykit sisi
-    Spoiler bumbung belakang
-    Tambahan bamper belakang

Kobayashi merasakan tambahan bodykit sahaja tidak akan menjadikan XV ini lebih istimewa.

Untuk itu, GT Edition menerima satu set roda aloi 17-inci yang direka khusus untuknya.
 


Bahagian kabin diliputi dengan karpet istimewa untuk varian ini serta balutan kemasan kulit untuk tempat duduk yang direka menggunakan konsep kereta-kereta mewah "grand tourer" Eropah.

Akhir sekali, GT Edition dipasang dengan dwi kamera-sisi untuk membantu pemandu parkir dan mengendalikan XV itu dengan lebih mudah di ruang sempit.

Subaru XV GT Edition bermula dari harga RM130,788, tidak termasuk insuran.
 


Subaru XV kekal antara SUV yang paling digemari oleh Careta kerana:

  • Saiz kompak yang memudahkan pemanduan urban.
  • Ruang kabin yang luas untuk kategorinya.
  • Enjin 2.0L yang berkuasa tepai tetap menjimatkan bahan api dan paling penting, susun atur Boxer itu memberikan ia titik graviti yang lebih rendah - menjamin stabiliti pengendalian.
  • Sistem Symmetrical AWD yang memberikan kepuasan pemanduan di laluan berliku.

 

 

  • Platform terbaharu dikongsi dengan Impreza terkini, turut meningkatkan stabiliti dan keselesaan.
  • SUV paling menarik (dalam kelas harganya) kami pernah pandu di laluan Gombak-Bentong lama, laluan Kuala Klawang dan ya, lebuhraya KL-Karak.
  • Tidak dilupakan, ciri keselamatan yang cukup lengkap seperti tujuh beg udara SRS (termasuk beg udara lutut), brek anti-kunci (ABS), Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak. 

Bagi kami, hanya mereka yang arif dan faham sahaja tahu bagaimana untuk menghargai rasa pemanduan sebuah Subaru. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Generasi ketiga ini dikuasakan enjin petrol 2.0 liter NA, menghasilkan 145 HP dan tork 188 Nm,…
Berita Global
Ini bermakna, nama XV yang digunakan di sesetengah pasaran akan terus digugurkan daripada senarai…