Subaru XV 2.0i-P 2021 dengan naiktaraf upholsteri - harga dari RM131,788

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia hari ini melancarkan varian Subaru XV 2.0i-P 2021 yang dinaiktaraf untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru XV 2.0i-P menampilkan ciri eksklusif iaitu tempat duduk balutan Leather Suede Deluxe gandingan tiga warna iaitu gloss black, matte black dan sleek silver, diselangi dengan jahitan kontras signatur berwarna jingga.

Naiktaraf upholsteri ini hanya dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan Thailand sahaja.

 


Selain daripada itu, varian 2.0i-P ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci, serta sistem paparan Display Audio System bersaiz lapan inci serba baharu yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Terdapat enam warna yang ditawarkan iaitu Pure White, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Cool Grey Khaki dan Sunshine Orange.

 


Subaru XV 2.0i-P masih lagi mengekalkan nadi bentangan flat-four bersesaran  1,995 cc yang menghasilkan 154 hp dan 196 Nm, sistem transmisi CVT Lineartronic dan sistem pacuan semua roda AWD.

Harga jualan bermula dari RM131,788, atas jalan tanpa insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Generasi ketiga ini dikuasakan enjin petrol 2.0 liter NA, menghasilkan 145 HP dan tork 188 Nm,…
Berita Global
Ini bermakna, nama XV yang digunakan di sesetengah pasaran akan terus digugurkan daripada senarai…