Subaru XV 2021 facelift mendarat di UK

oleh Mohamad Hanif|
Crossover Subaru XV kini mendapat versi kemaskini bagi model tahun 2021, di mana ia bakal dijual di pasaran UK bermula bulan Mac ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi penampilan, tidak banyak perubahan ketara yang dibawakan pada crossover ini, melainkan rekaan bumper yang menerima nafas baharu, rekaan gril radiator baharu (macam Infinite Weave, kan?) dan bezel lampu kabus yang direka semula.

Keempat-empat arca roda mendapat rim aloi bersaiz 18 inci, dan para pembeli boleh mendapatkan dua warna baharu iaitu Plasma Yellow dan Horizon Blue.

Tatkala perubahan luaran boleh disifatkan sebagai minor, Subaru sebenarnya telah melakukan naiktaraf kepada casis XV, termasuklah penggunaan set spring dan penyerap hentak serba baharu.

Sistem kawalan trenkuasa SI-Drive turut menampilkan tetapan karakter yang spesifik pada enjin untuk tahap penjimatan bahan api serta prestasi yang diperlukan untuk pemanduan atas laluan bersalji, kerikil, serta lumpur.

 


Selain daripada casis dan enjin, Subaru XV kini datang standard dengan kelengkapan keselamatan seperti sistem pemantauan bahagian hadapan 180 darjah yang mampu mengesan halangan dan pejalan kaki, sementara cermin sisi pula akan diposisikan secara automatik ke bahagian bawah ketika pemandu sedang mengundurkan kenderaan.

Serentak dengan pengenalan model facelift ini, Subaru kini tidak lagi menawarkan XV dengan enjin asas 1.6 liter, sebaliknya didatangkan dengan enjin boxer hibrid 2.0 liter yang mampu menghasilkan 154 kuasa kuda dan 196 Nm, sistem pacuan semua roda dan transmisi CVT.

Varian asas SE mendapat ciri seperti lampu utama LED automatik, tempat duduk hadapan dengan pemanas terbina, sistem kemasukan tanpa kunci dan sistem infotainmen lapan inci yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Manakala varian tertinggi SE Premium pula mendapat kelengkapan tambahan seperti tempat duduk balutan kulit, sistem navigasi terintegrasi, bumbung suria serta larasan lapan cara untuk tempat duduk pemandu.

Disebabkan varian asas 1.6 liter tidak lagi ditawarkan, harga jualan permulaan untuk Subaru XV juga sedikit mahal, sekitar £31,665 (RM174,781) sehingga £33,665 (RM185,820).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…