Subaru WRX, WRX STi & Levorg hadir lewat tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu kami telah bawakan kemas kini kepada sedan/hatchback segmen C Subaru Impreza untuk pasaran Jepun, namun sehingga artikel tersebut ditulis, masih lagi tiada tanda-tanda Subaru bakal membawakan versi berprestasi tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ya, anda melihat kepada Subaru WRX STi yang sudah pun kini berada di penghujung kitaran hayat, dan sememangnya ia memerlukan model pengganti.

 


Anggaplah ini sebagai satu berita gembira yang hadir dari negara matahari terbit, apabila laman web automotif BestCarWeb melaporkan bahawa generasi baharu Subaru WRX bakal muncul tidak lama lagi di Tokyo Motor Show tahun ini. 

Menggunakan pelantar yang sama, iaitu Subaru Global Platform, Subaru WRX akan membuat kemunculan awal bersama-sama model WRX STi dan juga wagon Levorg. 

Nadi kuasa boxer masih lagi dikekalkan, namun versi WRX hanya akan ditawarkan dengan enjin bersesaran lebih rendah, iaitu 1.8 liter yang mampu menjana 270 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronic.
 


Manakala versi lebih berkuasa, Subaru WRX STi pula akan didatangkan dengan enjin FA20F suntikan terus yang telah ditala semula bagi menghamburkan 320 kuasa kuda secara standard dengan sistem transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Tidak ketinggalan, generasi baharu wagon Levorg juga kini sedang dalam pembangunan dan akan ditawarkan dengan enjin baharu 1.5 liter dengan 150 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi CVT yang diperbaharui untuk lebih penjimatan bahan api.

Imej paparan: Model Konsep Subaru Viziv Performance
Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Strategi itu dilihat bagus dari segi komersial dan pada masa sama mengekalkan warisan yang…
Berita Global
Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya…
Informasi
Impreza dengan kit badan yang digelar Casa Blanca itu didatangkan dengan gaya retro bersama lampu…