Subaru WRX STI TC 380 sedang dibangunkan - sedan prestasi berkuasa 380 hp, 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terkini sedan prestasi Subaru WRX kini sedang menghampiri penghujung usia memandangkan Subaru dilaporkan sedang membangunkan generasi baharu WRX yang dijangka bakal memasuki pasaran selewat-lewatnya 2020, lengkap dengan transmisi manual.

Untuk itu, Subaru mengambil peluang membangunkan unit terhad Subaru WRX yang digelar TC 380 dengan beberapa penambahbaikan terhadap unit STI terdahulu dan khidmat bantuan talaan daripada bekas pemandu World Rally Championship, Toshihiro Arai. 

Menurut laporan daripada The Drive, Subaru WRX STI TC 380 tersebut bakal menampikan kit turbo GT III RS Sport, resonator Super Turbo, catalytic converter aliran tinggi serta beberapa barangan prestasi daripada HKS. 
 


Model sedan sports itu juga bakal menerima talaan daripada Arai Motosports yang menampilkan komponen penapis udara RQA baharu serta chassis brace hadapan yang direka secara in-house

Hasilnya, Subaru WRX STI TC380 ini mampu menjana kuasa yang impresif sekitar 380 hp daripada enjin bentangan boxer 2.0 liter. 

Walaupun angka tersebut dilihat sangat baik, berita selanjutnya bakal menggusarkan para peminat disebabkan Subaru hanya akan membina model ini sekitar 50 unit dan terhad untuk pasaran Jepun sahaja dengan harga jualan sekitar ¥4.9 juta (RM180,124++ mengikut kadar pertukaran matawang semasa).

Sementara itu, tidak seperti Subaru, bekas rakan pesaingnya Mitsubishi masih lagi senyap daripada sebarang berita berkenaan Evo, selain daripada desas desus yang mengatakan mereka bakal hadir dengan Evo dalam bentuk SUV.....

Berita Berkenaan

Informasi
Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat…
Berita Global
Sebagai makluman, pasaran Jepun masih lagi belum menerima kehadiran model WRX generasi baharu itu…
Berita Global
Menurut laman web Jepun Goo-Net.com, enjin FA24 versi turbo ini dijangka mampu menghasilkan kuasa…