Subaru WRX STI S209 - sedan prestasi STI paling berkuasa, 200 unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
Kemeriahan acara Detroit Auto Show diteruskan lagi dengan pelancaran rasmi model sedan prestasi yang hadir daripada pengeluar nadi boxer, iaitu Subaru WRX STI S209.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan model S-series pertama yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat, dan meneruskan tradisi model S yang dilancarkan sebelum ini, hanya 200 unit sahaja yang diproduksikan.
 


Untuk model S209 ini, pihak Subaru Tecnica International (STI) tidak hanya duduk berdiam diri goyang kaki dan memasang kit badan semata-mata. 

Nadi kuasa boxer 2.5 liter EJ25 asal telah dirombak semula dan beberapa komponen telah dinaiktaraf seperti turbo HKS yang lebih besar, piston, rod penghubung dan kompresor. 

Boost maksimum telah dinaikan daripada angka 16.2 psi kepada 18 psi, memberikan kuasa maksimum sekitar 341 kuasa kuda (bukan angka rasmi) sebelum ia disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi manual enam kelajuan. 
 


Tidak cukup setakat peningkatan kuasa, pihak STI turut menala aspek pengendalian seperti set peredam Bilstein, spring yang lebih keras, bar strut tower di hadapan serta bar pengimbang 20 mm di bahagian belakang. 

Bagi memberhentikan S209 ini dengan cemerlang, set brek daripada Brembo digunakan terdiri daripada angkup brek 6 piston di hadapan, 2 piston di belakang serta rotor cross-drilled
 


Bagi memberikan ambiens mesra pemandu di dalam S209 ini, STI tidak mendatangkan gajet yang keterlaluan yang mampu mengganggu konsentrasi pemanduan. 

Sebaliknya, pemandu akan disambut dengan stereng flat-bottom kemasan upholsteri Ultrasuede dan tempat duduk daripada Recaro. 
 


Subaru STI S209 ini akan muncul di pasaran lewat tahun 2019, manakala harga rasmi (yang kedengarannya mampu bagi peminat hardcore) hanya akan diumumkan kelak. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…
Berita Global
Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model…