Subaru WRX STI Gymkhana 11 - penuh dengan kit badan gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk rakaman siri terbaharu Gymkhana, Subaru USA telah mendedahkan secara rasmi jentera yang bakal menjadi watak utama dalam siri kegemaran ramai itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lain dan tidak bukan, sebuah Subaru WRX STI yang dimodifikasi secara ekstrem dengan bantuan daripada Vermont SportsCar, serta menampilkan kit badan gentian karbon yang terdedah sepenuhnya!

 


Anda boleh melihat sendiri dengan pemasangan kit badan tersebut menjadikan Subaru WRX STI ini bertambah lebar, terdiri daripada canards, splitter hadapan, sayap belakang bertingkat, arca roda yang dilebarkan, diffuser serta trunk belakang jenis 'terbuka'.

Namun begitu, Subaru tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi enjin yang menduduki ruang perut WRX STI ini, namun secara kasarnya kita boleh melihat tip ekzos yang keluar daripada hud enjin hadapan.

 


Untuk memastikan aksi lasak yang bakal dibuat oleh pemandu Travis Pastrana lebih lancar, sistem suspensi telah ditala semula manakala keempat-empat rim dibaluti tayar Yokohama Advan.

Seperti yang diketahui umum, Travis Pastrana bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Ken Block untuk Gymkhana 11, namun para peminat boleh menantikan aksi pemanduan beliau berdasarkan pengalaman menceburi bidang rali, rallycross, supercross, freestyle motocross, NASCAR dan aksi lasak.

 


Ketika diminta mengulas prestasi jentera Gymkhana tersebut, Pastrana menjelaskan, "WRX STI ini sangat menakjubkan! Kami tidak pernah mendapat peluang untuk melakukan perkara sebegini - membina sebuah kereta tanpa had dan halangan.

Disebabkan tiada sebarang sekatan, Subaru WRX STI ini disifatkan beliau sebagai "sangat laju, namun mudah untuk dikawal dan membuat aksi sideways"

 


Tiada sebarang tarikh rasmi berhubung tayangan Gymkhana 11 diumumkan buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tema yang digunakan dalam video Gymkhana yang terbaharu ini adalah aksi lasak yang bakal…
Berita Global
Sebaliknya, peranan tersebut bakal diisi oleh seorang lagi pakar aksi lasak dua roda dan empat roda…
Berita Global
Dan nampaknya, Ken Block kini berminat terhadap Mustang generasi ketiga yang diproduksikan dari…