Subaru WRX STI dengan nadi boxer 2.4 liter turbo - 400 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model GT 86 generasi baharu, sebuah lagi model berprestasi tinggi dijangka akan turut menerima nadi boxer 2.4 liter yang diperoleh daripada Subaru Ascent.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lain dan tidak bukan, generasi baharu Subaru WRX STI.

Menurut satu sumber yang rapat kepada pengeluar enjin Boxer itu memberitahu Forbes, enjin empat silinder 2.4 liter itu bakal menghasilkan kuasa setinggi 400 kuasa kuda dan 490 Nm daya kilas dengan target seawal tahun 2021. 
 


Enjin asal Subaru Ascent ini merupakan enjin aspirasi natural dan versi turbo pula terdapat pada model Subaru Outback dan Legacy yang menghasilkan 260 kuasa kuda dan 376 Nm daya kilas. 

Tambah sumber itu lagi, versi STI dijangka akan menghamburkan output yang lebih berkuasa, terima kasih kepada penggunaan komponen dalam enjin yang ditambah baik. 
 


Para jurutera Subaru turut menggunakan enjin empat silinder M139 2.0 liter Mercedes-AMG sebagai penanda aras bagi pembangunan enjin WRX STI ini. 

Dari segi rekaan luaran, difahamkan Subaru bakal menggunakan beberapa elemen daripada model konsep Subaru Viziv Performance, dengan kemungkinan menggunakan platform Toyota, serta sistem pacuan semua roda AWD seperti mana model-model WRX sebelum ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…
Berita Global
Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model…