Subaru WRX STi 2002 milik Ken Block untuk dijual - bidaan kini cecah RM214k!

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu aksi lasak terkenal Ken Block memiliki beberapa unit jentera rali, dan salah sebuah daripadanya kini sedia untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi laman web bidaan Wall Street Motorsport, Subaru WRX STi 2002 ini telah digunakan oleh Ken Block untuk memecahkan rekod loncatan setinggi 52 meter sebagai sebahagian daripada episod Stunt Junkies menerusi saluran Discovery.

 


Jentera rali yang sama juga sebenarnya merupakan jentera pertama yang digunakan oleh Ken Block untuk memenangi kejuaraan Rally America Rally of the 100 Acre Woods pada tahun 2006, sebelum beliau memunculkan diri melakukan aksi pemanduan lasak Gymkhana.

Sebelum ia selamat tiba ke tangan pemilik baharu, Subaru WRX STi 2002 ini telah menjalani beberapa penambahbaikan termasuklah menukar segala bendalir, cam belt baharu, serta tangki bahan api serba baharu - anggaplah ia tiada lubang seperti yang tertulis pada papan pemuka itu.

 


Setakat artikel ini ditulis, nilai bidaan kini mencecah $53,000 (RM214,306), dan yuran pembelian akan didermakan kepada organisasi amal Make a Wish.

Bidaan ini akan ditutup pada 3 Mac 2021.

 

Bagi mereka yang berminat bolehlah terus ke laman web Wall Street Motorsport untuk membuat bidaan.

Berikut merupakan spesifikasi Subaru WRX STi 2002 milik Ken Block.

Vermont Sportscar built

2.0 L Group N-spec race engine

Group N-spec turbo and restrictor

Group N-spec intercooler water sprayer

6-speed dogbox transmission

Active center differential

Rally-spec coilover suspension

15-inch Speedline wheels

BFG gravel rally tires 195/70r/15

Group N Subaru brake calipers

Group N Subaru suspension components

Group N rally skidplates

Full FIA Group N rollcage

Recaro HANS seats

New cam belt

New fuel cell