Subaru WRX Sportwagon 2022 dilancarkan untuk pasaran Australia

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik dan juga berita buruk buat para peminat wagon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX Sportwagon 2022 yang akan mula dijual pada suku kedua tahun 2022 (Q2 2022).

Namun, seperti yang tertulis, ia hanya ekskslusif untuk pasaran Australia sahaja.
 

WRX


Secara kasarnya, Subaru WRX Sportwagon merupakan versi kembar kepada Subaru Levorg, namun ia didatangkan dengan perubahan kecil serta saiz rim 18 inci yang lebih kecil berbanding penawaran Levorg di Jepun.

Tiada sebarang gambar ruang kabin didedahkan, namun ia dijangka membawakan penawaran yang serupa seperti model WRX sedan seperti skrin infotainmen 11.6 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta naiktaraf kepada sistem bunyi Harman Kardon dengan 11 pembesar suara.
 

WRX


Unit kuasa juga berkongsi dengan model WRX sedan, di mana ia didatangkan dengan enjin 2.4 liter boxer yang menghasilkan 271 hp dan 349 Nm, yang hanya dipadankan dengan transmisi CVT sahaja.

Harga jualan tidak didedahkan buat masa ini.