Subaru WRX S4 2022 dilancarkan di Jepun - 271 hp, 375 Nm, siap penyeka kaca di belakang!

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung bulan kelahiran penulis, Subaru Jepun telah menyiarkan teaser berhubung kehadiran model sedan WRX S4, dan kini ia sudah pun rasmi dilancarkan untuk pasaran tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi rupa luaran, Subaru WRX S4 membawakan rekaan yang hampir serupa dengan model WRX yang telah dilancarkan di Amerika Syarikat sebelum ini.

Yang membezakannya adalah kehadiran lencana S4, logo STI berwarna merah pada gril dan bonet belakang, serta kehadiran ciri unik penyeka kaca di belakang - walaupun ia sebenarnya sebuah sedan.
 

Subaru


Sama seperti model Levorg, WRX S4 juga boleh didapati dalam beberapa varian seperti GT-H, GT-H EX, STI Sport R dan STI Sport R EX.

Ruang kabin pula menempatkan ciri seperti tempat duduk hadapan Recaro dengan upholsteri Ultra Suede, kemasan kulit dengan jahitan kontras merah, trim seakan gentian karbon dan juga aluminium.

Sistem infotainmen pula didatangkan dengan skrin sebesar 11.6 inci, dibantu dengan skrin kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci yang unik untuk pasaran Jepun sahaja.
 

WRX S4


Dari segi kuasa, Subaru WRX S4 didatangkan dengan nadi boxer 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 271 hp dan 375 Nm, serta padanan transmisi CVT sahaja, tidak seperti model terdahulu yang didatangkan dengan kotak gear manual.

Secara standard, semua varian didatangkan dengan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD dengan Active Torque Vectoring, sementara model berlencana STI pula mendapat tambahan Drive Mode Select di mana pemandu boleh mengubah tetapan karakteristik enjin, sistem AWD, peredam kawalan elektronik, stereng kuasa dan bermacam-macam lagi.

Harga jualan Subaru WRX S4 2022 bermula dari ¥4,004,000 (RM147,534) untuk varian asas GT-H, sehingga ¥4,774,000 (RM175,906) untuk varian mercu STI Sport R EX.
 

Subaru


Subaru mensasarkan produksi berjumlah 500 unit sebulan untuk tahun pertama.

Berita Berkenaan

Berita Global
Harus diingat, sedan ini bukanlah versi penuh STI, dan ia tidak langsung diberikan sebarang…
Berita Global
Berbanding model standard, Levorg Layback 2024 telah diberikan elemen rekaan crossover termasuklah…
Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…