Subaru WRX Club Spec - 150 unit, untuk pasaran Australia sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Subaru WRX 2021 (dan Subaru WRX STI) diberitakan bakal membuat kemunculan rasmi pada tahun hadapan dan bakal membawakan elemen rekaan daripada model konsep Viziv dari Tokyo Motor Show 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya, Subaru mahu meraikan para peminat WRX dengan memperkenalkan sebuah (lagi) model edisi terhad untuk pasaran Australia.

 


Subaru WRX Club Spec Limited Edition ini membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik seperti set rim aloi STI bersaiz 18 inci, angkup brek berprestasi tinggi Brembo (yang dihadkan untuk varian manual) serta lencana Club Spec matte black di bahagian belakang.

Ruang kabin WRX Club Spec ini mendapat tempat duduk sport bucket Recaro di bahagian hadapan, roda stereng balutan Ultrasuede (daripada model WRX STI), dan sistem audio Harman-Kardon yang terdiri daripada lapan pembesar suara, subwoofer dan amplifier.

 


Dihadkan produksinya kepada 150 unit sahaja, Subaru WRX Club Spec ini boleh didapati dalam versi manual atau CVT, dengan harga jualan sedikit mahal berbanding model standard WRX (mahal AUD$7,000).

Generasi baharu WRX diberitakan bakal hadir menjelang tahun 2021 dengan enjin baharu boxer 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan output 400 kuasa kuda dan 490 Nm daya kilas.